31
Aug
09

PAK MB BANGGA KERANA AYAH ADALAH SEORANG POLIS…

Salam Reformasi daripada Pakmalekbaretta @ Pak MB..

Pak MB telah membesar di berek-berek Polis dari semenjak lahir (1953) hingga ke Tingkatan 4 persekolahan (1970). Ini adalah kerana pada ketika itu Allayarham Ayahnda Pak MB (SJN 2285 Shamsuddin Che Ngah) adalah seorang anggota Polis. Di antara berek-berek Polis yang pernah kami diami ialah di Pahang (Jerantut), Kedah (Sg. Petani, Merbok, Bedong) dan Selangor (Sg Besi, Salak Selatan, Petaling, Sg Way dan Petaling Jaya).

Pak MB masih ingat lagi seluar pendek seragam Polis arwah yang besar tetapi keras..sehinggakan arwah kelihatan seolah-olah pakai ‘skirt’ apabila berdiri tegak. Arwah adalah seorang anggota yang tinggi disiplinnya. Semua peralatan seragamnya akan dijaga dengan rapi terutama sekali topi yang ada kalimah Allah dan Mohammad di lambangnya. Arwah merupakan di antara dua(2) anggota Polis yang mula-mula menerima lencana ‘Sedia Berkhidmat’. Gambar majlis penyematan tersebut terdapat di buku bacaan sekolah rendah ‘Tangga Bacaan’ (tahun-tahun 60an) yang menjadi kebanggaan Pak MB untuk ditujukkan kepada rakan-rakan sekolah.

Sepertimana anak-anak Polis yang lain, Pak MB amatlah nakal semasa kecil. Kami boleh menonton wayang secara percuma (Panggong Kong Wah di Sg Way) hanya dengan mengatakan kepada Ah Yok (penjaga panggung tersebut) bahawa kami adalah anak Polis. Namun begitu, kami tidak pula mudah terlepas dari sebarang tindakan. Pak MB pernah dikurung oleh arwah (ketika itu menjadi OCS) dalam rumah pasong (lokap) di Balai Polis Sg Way selama dua(2) hari (sebagai pengajaran) gara-gara Pak MB menyerang dan memukul penuntut-penuntut Sekolah Rendah Jenis Kebangsan (Cina) Sg Way (bersebelahan berek) dengan batang pokok ubi kayu gajah yang ditarah menjadi pedang ala-ala ninja dan samurai dari filem ‘Shintaro’ yang popular ketika itu. Juga pada awal tahun 70an, Pak MB pernah ditahan oleh OCPD Petaling Jaya (Tuan Zaman Khan rasanya..) yang pada ketika itu menangkap anak-anak Polis yang berambut panjang.

Memang terdapat perbezaan ketara dengan kualiti anggota PDRM dahulu dan sekarang. Anggota PDRM dahulu amatlah dihormati oleh orang awam dan begitu juga sebaliknya. Anggota FRU (dahulu dikenali oleh anak-anak muda sebagai ‘The Swinging Blue Jeans’) hanya keluar apabila khidmat mereka benar-benar diperlukan. Anggota dulu tidak boleh punyai sebarang rupa kemewahan. Pernah rumah kami didatangi BPR (sekarang SPRM) hanya kerana kami ada sebuah peti sejuk. Anggota sekarang…jangan kata peti sejuk…yang berkereta mewah pun ramai.. Seperkara lagi yang Pak MB perasan ialah arwah (walaupun merupakan seorang perokok tegar) tidak pernah kelihatan merokok semasa berpakaian seragam.

Pada zaman itu, kerjaya sebagai anggota PDRM amatlah diingini oleh anak-anak muda. Pak MB pernah mendapat tawaran sebagai ‘Inspektor Percubaan’ (1972) tetapi menarik diri pada saat-saat terakhir. Andaikata tawaran tersebut diterima, mungkin Pak MB kini layak sebagai calun bagi menggantikan KPN sediaada ataupun dah lama dipenjarakan kerana terbabit dengan gejala rasuah ..kah ..kah ..kah..

PDRM perlu diperkasakan semula ke tahap yang sepatutnya..sepertimana dahulu. Terhiris juga rasanya apabila PDRM kini tidaklah lagi dihormati ramai sepertimana dahulu. Ramai anggota-anggota PDRM yang terkorban (bersama-sama ATM) demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara. Janganlah pula perjuangan dan pengorbanan mereka-mereka ini dilupakan begitu sahaja hanya kerana kita tidak bersetuju dengan tindak-tanduk segelintir anggota pegawai tinggi PDRM yang sediaada.

Walauapapun, Pak MB tetap berbangga Allahyarham Ayahnda adalah seorang anggota Polis DiRaja Malaysia….iaitu semasa PDRM berada di zaman kegemilanggannya.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham Ayahnda Shamsuddin bin Che Ngah (SJN 2285).


0 Responses to “PAK MB BANGGA KERANA AYAH ADALAH SEORANG POLIS…”



  1. Leave a Comment

Leave a comment


pakmalekbaretta

orang lama di akarumbi..
yang bisa berbicara tanpa curiga..

KU DEDIKASIKAN BLOG INI KHAS UNTUK..

para reformis yang telah menerajui kebangkitan rakyat untuk perubahan..

akan kupastikan kisah perjuangan mereka tidak dipinggirkan dari fakta sejarah agar generasi akan datang dapat merujuk dan mengiktiraf pengorbanan para reformis yang gigih berjuang demi menegakkan kebebasan dan keadilan di bumi malaysia yang tercinta ini..

lawan... tetap... lawan...

reformasi... reformasi... reformasi...

PENGUMPULAN MAKLUMAT..

Salam Reformasi semua..

Bahan-bahan Reformasi (gambar, catitan, rencana dan sebagainya) bolehlah emailkan ke malekbaretta@gmail.com atau hubungi Pak MB di talian 012-3841319 bagi maklumat lanjut.

Terima kasih..

Archives

Blog Stats

  • 971 hits