16
Sep
09

TERIMA KASIH UMNO/BN..

Salam reformasi semua daripada Pak MB…

Adakalanya Pak MB berasa pelik dengan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan umno/bn dalam percaturan politik walhal mereka-mereka ni dikelilingi oleh pakar-pakar strategi politik yang hebat-hebat.

Kesilapan terbesar mereka di tahun ini ialah menyerlahkan (melalui kerakusan merampas kuasa di Perak) aura kepimpinan YB Nizar sehinggakan beliau kini berpotensi diterima Rakyat sebagai calun kepimpinan utama negara di masa-masa akan datang. Pak MB sendiri (seorang ahli PKR tegar) amat senang dengan aura kepimpinannya walaupun kami pasti perolehi pendekatan dan kefahaman ideologi politik yang berbeza. Ciri-ciri kepimpinannya yang berkualiti ditambah pula dengan kesederhanaan keperibadian beliau benar-benar telah menambat hati sebilangan besar Rakyat pelbagai peringkat masyarakat, kaum dan fahaman politik. Setiap program ceramahnya akan mendapat sambutan ramai tidak kira di mana aje ianya diadakan.

Apa yang perlu beliau lakukan sekarang ialah perluaskan skop aura kepimpinan sediaada dan pembawaan fahaman politik yang disenangi Rakyat pelbagai lapisan.

Terima kasih umno/bn kerana telah bertanggungjawab melahirkan satu lagi ‘icon’ yang perolehi aura kepimpinan hampir setara TGNA dan DSAI (2 tokoh pemimpin yang Pak MB amat-amat sanjungi..)

14
Sep
09

KAPAL SELAM AKAN BERLABUH DI N.31 BAGAN PINANG…

Salam reformasi semua daripada Pak MB..

Tak sabar rasanya untuk berkampong kat PD bagi membantu rakan-rakan jentera Pas dalam mempastikan calun Pas/PR membuat kejutan merampas kubu uummno sekaligus ‘memaku keranda yang mengandungi jasad keegoan, kepincangan, ketidakadilan & kezaliman pemerintahan bn’.

Bertempur di kubu lawan lebih menyeronokkan kerana kita lebih banyak menyerang daripada bertahan. Pertempuran ini akan juga tercatit dalam sejarah politik negara di mana Mega Jeneral Zahid Hamidi akan mengerahkan seluruh unit dalam ATM untuk keluar membantu kempen calun bn. Malah Pak MB yakin kapal selam pertama TLDM yang baru tiba pun akan dikerah untuk berlabuh kat PD semasa minggu berkempen.

Mungkin ada eloknya PR mengenengahkan bekas-bekas Jeneral dan pegawai-pegawai tinggi ATM (dari kalangangan ahli parti) untuk berkempen di N.31 nanti terutamanya di kawasan warga ATM dan warga pesara ATM.

Tiba-tiba Pak MB teringatkan seorang Otai yang pernah bertanding atas tiket PKR di N.132 Telok Kemang pada PRU 10 yang lalu. Beliau ialah Pak Manaf (bekas tentera) yang secara ‘berseorangan’ mampu berkempen dan seterusnya perolehi undi yang banyak walaupun kalah. Kita perlu mendapatkan bantuan beliau yang merupakan di antara segelintir kecil dari kita yang mampu menembusi jauh ke dalam kubu lawan.

Walauapapun,

LAWAN TETAAPPPPP LAWAN..

10
Sep
09

TAHUN-TAHUN 60AN MENYERONOKKAN……

Updated..

Salam reformasi semua daripada Pak MB.

Baru-baru ini Pak MB bersua dengan rakan seangkatan umur (50 something laa..) dan kami sempat berkongsi cerita dan pengalaman menyeronokkan di tahun-tahun 60an, antaranya…

  • Masa kat darjah 1 kami pakai kalam dan papan batu.
  • Berjalan kaki ke sekolah (hampir 2 km) tapi tak pernah rasa penat pun..
  • Guru lelaki pakai tali leher dan bersongkok manakala ada di antara guru perempuan yang berpakaian sereba biru (gabungan biru PKR & biru bn). 
  • Guru perempuan lebih garang dari guru lelaki. Sentiasa bawa pembaris besar (1 ela kot kerana masa tu tak pakai ukuran matrik..).
  • Permainan ada bermusim seperti musim main gasing, musim layang-layang, musim main getah, musim main guli dan sebagainya..
  • Tiket wayang bermula dari 65 sen. Boleh juga tengok tayangan murah (cheap matinee) dengan harga tiket 40 sen bagi mana-mana tempat duduk pada hujung minggu.
  • Zoo Negara masa itu dianggap terletak  jauh di pinggir hutan.
  • Semua sambutan kemerdekaan diadakan di Stadium Merdeka. 
  • Perjalanan keretapi dari JB ke KL mengambil masa sehari suntuk.
  • Bangunan-bangunan yang dianggap tinggi kat KL ialah Bangunan Parlimen, Hotel Federal, Hotel Hilton, Wisma Persekutuan..
  • Anggota Polis pakai seluar pendek aje..
  • Syarikat Bas Sri Jaya memonopoli sistem pengangkutan awam (termasuk bas sekolah) di KL dan PJ.
  • Fesyen seluar unik sekali.. berseluar ketat dan kedudukan tali pinggang di bawah pusat.
  • Pop Yeh Yeh bermula dengan kemunculan artis-artis seperti A.Ramlie, Jefrydin, A.Rahman Onn, S.Mariam dll.. juga kumpulan The Rythem Boys,  The Siglap V dll..
  • Orang perempuan yang bertudung (mini telekung) jarang ditemui.
  • TV bermula dengan siri-siri menarik seperti Danger Man, Lassie, The Man From U.N.C.L.E., The Saint, Bat Masterson dll..
  • Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) dibuka dari Kelang ke Sg. Way aje..
  • Globe Silk Store di Batu Road (sekarang Jalan Tengku Abd Rahman) menjadi tumpuan ramai untuk membeli-belah semasa musim raya.
  • Kat KL dah ada bas dua tingkat beb..
  • Bas-bas di KL akan berpusat di Foch Avenue (kat kawasan sebelum Puduraya sekarang)..
  • Keretapi masih lagi berkepala hitam (pakai arang beb..).. kalau keluarkan kepala kita kat tingkap.. hitam sebelah muka beb..
  • Di antara jenama rokok yang popular ialah Gold Leaf, Rough Rider dll..
  • Barangan yang ‘made in Japan’ dianggap barangan murahan..
  • Lake Garden merupakan tempat riadah yang popular.
  • Penuntut yang dapat keputusan ‘A’ dalam LCE/SRP (sekarang PMR) akan ke Tingkatan 4, keputusan ‘B’ boleh ulang semula manakala yang dapat keputusan ‘C’ akan ke Sekolah Vokasional.
  • Masa kat Tingkatan Menengah Rendah, kami ada ‘industrial class’ dan belajar kemahiran seperti pertukangan, elektrik dll..
  • Pasukan Bolasepak Malaysia adalah yang terbaik di Asia. Korea dan Jepun merupakan musuh bolasepak yang kerap dikalahkan oleh Malaysia.
  • Di antara panggung wayang popular di KL ialah Rex, Odeon, Federal, Capitol dll..
08
Sep
09

BERFIKIRAN MUDAH..

Salam Reformasi semua daripada Pak MB..

Pada awal tahun ini, seorang sahabat pernah menasihatkan Pak MB untuk kerap berfikiran mudah (semampu boleh) dalam mengupas sesuatu isu. Menurutnya, apabila kita berada dalam keadaan fikiran yang ‘tenang dan bersahaja’ maka kita berupaya menyelami, melihat dan memahami dengan lebih jelas akan sesuatu isu tersebut sehinggakan kita mampu membuat komen dan/atau kupasan yang berkualiti dan diterima umum.

Semenjak mengamalkan kaedah ‘berfikiran mudah’ ini, sifat panas baran Pak MB kini telah banyak berkurangan sehinggakan isteri dan anak-menantu pun perasan dengan perubahan ini dan kadangkalanya ada juga ahli famili yang risau kerana merasakan Pak MB macam ‘dah buang tabiat’.

Sebab itulah Pak MB lebih banyak tersenggih apabila melihat perangai bodoh budak-budak suruhan umno yang mengarakkan kepala lembu dan kemudiannya pulak menunjuk lagak (lagi bodoh..) di ‘Town Hall Meeting’ baru-baru ini. Mereka-mereka itu bukan sahaja tidak mendapat sokongan rakyat malah kini bukan sahaja dianggap bertindak keterlaluan dan di luar peradaban muhibbah malah akan menghadapi tindakan undang-undang.

Pak MB akan berkongsi pengalaman ‘berfikiran mudah’ ini dengan para pengunjung dari masa ke semasa. Kini Pak MB sedang bersiap sedia untuk ke Pulau Pinang (selepas zohor nanti) untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan perniagaan dan kembali ke Kuala Lumpur selepas terawih nanti. Syoknya.. awal pagi tadi bersahor di Selangor.. berpuasa sambil melintasi Perak.. berbuka dan bertarawih di Pulau Pinang dan kemudiannya bersahor semula di Selangor.

04
Sep
09

RAKAN-RAKAN PERSEKOLAHANKU…(PART 2)

Salam Reformasi daripada Pakmalekbaretta @ Pak MB..

Christopher Sun Mun Hoi – Ini rakan Pak MB semasa di Tingkatan I (1967). Beliau pandai bermain gitar dan berbakat dalam bidang nyanyian. Ketika itu beliau telah dapat menghafal sebanyak 1000 buah lagu. Bayangkan..1000 buah lagu (dengan iringan gitar). Hebatkan.

Zaitun – Rakan Pak MB di tingkatan 4 & 5. Seorang yang montel tetapi cun.. Pernah ‘disandingkan’ bersama arwah Burn dalam program persatuan. Berita program tersebut ada keluar di berita RTM malam tu. Gambar-gambar kami semuanya ada keluar kat tv kecuali gambar ‘pengantin’. Oh yaa… Bapa Zaitun bekerja kat RTM dan mungkin beliau tak mahu gambar anaknya ‘bersanding’ keluar kat tv kot..

Aishah – Rakan semasa di Tingkatan 4 & 5. Rasanya beliau adalah yang paling pendiam dan ‘fragile’ sekali di antara rakan-rakan yang ada. Pak MB suka berkawan dengannya.

Noraini – semasa Pak MB di tingkatan 5 (1971), Noraini belajar di tingkatan 6. Pak MB memang syok (cinta kot..) dengan dia tetapi tak berusaha sangat kerana beliau dari golongan berada dan tinggal di Kampong Tungku yang merupakan satu-satunya kampong di Selangor (ketika itu) dipenuhi rumah-rumah besar. Dia umpama merak kayangan manakala Pak MB umpama gagak di rimba (wow..berjiwang pulakk..). Orangnya berkulit cerah dan berambut pendek. Rasanya, dia juga suka kat Pak MB cuma… jual-jual mahal. Ada member  bagi tahu kat Pak MB bahawa beliaulah yang berkahwin dengan ahli perniagaan/jutawan/hartawan terkenal dan kemudiannya berpisah dan perolehi berpuluh juta ringgit sebagai ‘settlement’ (Pak MB tidak pasti kesahihan maklumat ini). Pak MB berharap dapat bertemunya semula.. bukan untuk menyambung cinta tetapi untuk menyambung persahabatan dan berkongsi pengalaman.

Manmohan Singh – Anak seorang pengurus syarikat lombong bijeh di Sg. Way Tin. Orangnya tinggi dan bercita-cita nak jadi peguam. Kat mana dia sekarang uhh ?

bersambung di lain masa….

03
Sep
09

BILA LAMPU DAH TERPADAM (EPISOD 09/02)

Abanngggg.. betul ke ADUN Pelabohan Kelang dapat surat tunjuk sebab ??

YA..

 

Habis.. kalau jawapannya tak memuaskan ??

PILIHANRAYA KECIL LAAA

 

By-Election lagi… siapa agaknya calun PKR ??

PENGGANTI TSKI LAA..

 

Whaat !!! Pengganti MB Selangor ??… siapa bang.. siapa ??

ZZZZZZ…. ZZZZZZZZZ. ZZZZZZ

 

Eeee.. suka buat kita suspen aje… benciii…

UUMMM… ZZZZZ… ZZZZZ

03
Sep
09

GUA TABIK SAMA LUU.. YB DR MANSOR OSMAN..

Salam Reformasi daripada Pakmalekbaretta @ Pak MB..

Selama 2(dua) hari Pak MB tak update blog kerana bersama rakanniaga ke Pulau Pinang dan Kelantan  atas urusan perniagaan.  Semasa di Pulau Pinang, kami sempat mengunjungi rakan lama YB Dr Mansor Osman (Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang) di pejabatnya kat KOMTAR. Walaupun dengan jadual kerja yang ketat, YB bersedia menemui kami (tanpa temujanji) setelah mendapat tahu yang kami secara kebetulan berada di Komtar atas urusan lain dan ingin membuat kunjung hormat ke pejabatnya (jika boleh) sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan. Pak MB amat terharu dengan layanan mesra YB dan kami sengaja meringkaskan pertemuan memandangkan YB perlu membuat persediaan bagi menghadiri satu program resmi.

Suasana berbeza dengan apa yang pernah Pak MB lalui semasa membuat kunjungan hormat bersama Pak Kudus (Ketua Cabang Tg Karang) ke SUK di Shah Alam selepas PRU12 yang lalu.  Sebenarnya Pak MB tidak berapa kisah samaada kunjungan tersebut dilayan ataupun tidak.. memandangkan semuanya sibuk (atau mungkin kelihatan sibuk) kerana baru mengambil-alih SUK dari tangan bn.  Apa yang membuat Pak MB bengang.. sebengang-bengangnya ialah apabila ada di antara warga-warga di Pejabat MB dan Pejabat Exco yang bersedia menemui kami di bilik-bilik mereka tetapi kemudiannya pula membiarkan kami bersendirian manakala mereka sibuk membuat kerja-kerja lain dengan sekali-sekala berinteraksi dengan kami dan di waktu yang sama, ‘body langguage’  mereka seolah-olah memberi gambaran kepada kami bahawa  “kami perlu beredar kerana mereka tengah sibuk benar dan tidak ada ruang untuk melayani kami”.  Itulah merupakan kali terakhir Pak MB menjejakkan kaki ke SUK hinggalah ke hari ini.

31
Aug
09

OIINNK… OIINNK…

oiinnk… oiinnk…

awat hang dok bisin-bisin nii..

aku nak pi kat pkr… oiinnk… oiinnk…

ohh YB kaa.. awat YB tak habaq siang-siang..

mai laa.. apa salahnya..silakan.. silakan..

hampa suka kaa… oiinnk… oiinnk…

pasai apa kami tak suuuka.. kan baguih kita ramai-ramai..

terima kasih no… oiinnk… oiinnk…

ehhh.. tu YB nak pi mana pulak..

nak ke bn laa pulak .. awat.. tak boleh kaa.. oiinnk… oiinnk..

kan tak baguih lagu tu YB.. kejap lompat kat sini..

kejap lompat kat sana..

ikut suka aku laa.. aku kan katak.. mestilah suka melompat.. oiinnk… oiink..

betui jugak laa kata pakmalekbaretta..

SAY “NO” TO YB-YB KATAK..

awat aku ketegaq tak dengaq cakap dia..

laa ni.. dah tak cukup korum pulak dah.. kantoooiiii..

 

31
Aug
09

PAK MB BANGGA KERANA AYAH ADALAH SEORANG POLIS…

Salam Reformasi daripada Pakmalekbaretta @ Pak MB..

Pak MB telah membesar di berek-berek Polis dari semenjak lahir (1953) hingga ke Tingkatan 4 persekolahan (1970). Ini adalah kerana pada ketika itu Allayarham Ayahnda Pak MB (SJN 2285 Shamsuddin Che Ngah) adalah seorang anggota Polis. Di antara berek-berek Polis yang pernah kami diami ialah di Pahang (Jerantut), Kedah (Sg. Petani, Merbok, Bedong) dan Selangor (Sg Besi, Salak Selatan, Petaling, Sg Way dan Petaling Jaya).

Pak MB masih ingat lagi seluar pendek seragam Polis arwah yang besar tetapi keras..sehinggakan arwah kelihatan seolah-olah pakai ‘skirt’ apabila berdiri tegak. Arwah adalah seorang anggota yang tinggi disiplinnya. Semua peralatan seragamnya akan dijaga dengan rapi terutama sekali topi yang ada kalimah Allah dan Mohammad di lambangnya. Arwah merupakan di antara dua(2) anggota Polis yang mula-mula menerima lencana ‘Sedia Berkhidmat’. Gambar majlis penyematan tersebut terdapat di buku bacaan sekolah rendah ‘Tangga Bacaan’ (tahun-tahun 60an) yang menjadi kebanggaan Pak MB untuk ditujukkan kepada rakan-rakan sekolah.

Sepertimana anak-anak Polis yang lain, Pak MB amatlah nakal semasa kecil. Kami boleh menonton wayang secara percuma (Panggong Kong Wah di Sg Way) hanya dengan mengatakan kepada Ah Yok (penjaga panggung tersebut) bahawa kami adalah anak Polis. Namun begitu, kami tidak pula mudah terlepas dari sebarang tindakan. Pak MB pernah dikurung oleh arwah (ketika itu menjadi OCS) dalam rumah pasong (lokap) di Balai Polis Sg Way selama dua(2) hari (sebagai pengajaran) gara-gara Pak MB menyerang dan memukul penuntut-penuntut Sekolah Rendah Jenis Kebangsan (Cina) Sg Way (bersebelahan berek) dengan batang pokok ubi kayu gajah yang ditarah menjadi pedang ala-ala ninja dan samurai dari filem ‘Shintaro’ yang popular ketika itu. Juga pada awal tahun 70an, Pak MB pernah ditahan oleh OCPD Petaling Jaya (Tuan Zaman Khan rasanya..) yang pada ketika itu menangkap anak-anak Polis yang berambut panjang.

Memang terdapat perbezaan ketara dengan kualiti anggota PDRM dahulu dan sekarang. Anggota PDRM dahulu amatlah dihormati oleh orang awam dan begitu juga sebaliknya. Anggota FRU (dahulu dikenali oleh anak-anak muda sebagai ‘The Swinging Blue Jeans’) hanya keluar apabila khidmat mereka benar-benar diperlukan. Anggota dulu tidak boleh punyai sebarang rupa kemewahan. Pernah rumah kami didatangi BPR (sekarang SPRM) hanya kerana kami ada sebuah peti sejuk. Anggota sekarang…jangan kata peti sejuk…yang berkereta mewah pun ramai.. Seperkara lagi yang Pak MB perasan ialah arwah (walaupun merupakan seorang perokok tegar) tidak pernah kelihatan merokok semasa berpakaian seragam.

Pada zaman itu, kerjaya sebagai anggota PDRM amatlah diingini oleh anak-anak muda. Pak MB pernah mendapat tawaran sebagai ‘Inspektor Percubaan’ (1972) tetapi menarik diri pada saat-saat terakhir. Andaikata tawaran tersebut diterima, mungkin Pak MB kini layak sebagai calun bagi menggantikan KPN sediaada ataupun dah lama dipenjarakan kerana terbabit dengan gejala rasuah ..kah ..kah ..kah..

PDRM perlu diperkasakan semula ke tahap yang sepatutnya..sepertimana dahulu. Terhiris juga rasanya apabila PDRM kini tidaklah lagi dihormati ramai sepertimana dahulu. Ramai anggota-anggota PDRM yang terkorban (bersama-sama ATM) demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara. Janganlah pula perjuangan dan pengorbanan mereka-mereka ini dilupakan begitu sahaja hanya kerana kita tidak bersetuju dengan tindak-tanduk segelintir anggota pegawai tinggi PDRM yang sediaada.

Walauapapun, Pak MB tetap berbangga Allahyarham Ayahnda adalah seorang anggota Polis DiRaja Malaysia….iaitu semasa PDRM berada di zaman kegemilanggannya.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham Ayahnda Shamsuddin bin Che Ngah (SJN 2285).

30
Aug
09

PERJUANGAN PARA REFORMIS DIIKTIRAFKAN…..

Salam Reformasi daripada Pakmalekbaretta @ Pak MB…

Sebenarnya Pak MB telah lama menyimpan cita-cita untuk merekod dan seterusnya memaparkan kepada ramai (melalui blog ini) akan pengalaman peribadi seramai mungkin para reformis yang telah/masih memperjuangkan kebebasan dan keadilan Rakyat dari era Reformasi hingga ke hari ini. Sekiranya mampu, Pak MB akan cuba usahakan pula agar semuanya ini dapat dibukukan bagi rujukan generasi akan datang.

Pak MB akan cuba mendapatkan sokongan rakan-rakan bagi mewujudkan satu pasukan kecil untuk menjalankan kerja-kerja pengumpulan maklumat, temujanji, bergambar, edit dan sebagainya. Pak MB pasti ramai yang akan sedia menghantar bahan-bahan yang ada kaitannya dengan perjuangan Reformasi ke pihak kami.

Pak MB juga berharap agar rakan-rakan parti dan perjuangan dapat menghulurkan sumbangan ikhlas untuk menampong kos permulaan usaha ini. Mungkin akan ada (kemudian) individu-individu yang bersedia memberi tajaan berupa bantuan kewangan berterusan bagi membolehkan kami meneruskan usaha pengiktirafan terhadap perjuangan dan pengorbanan para reformis.

Buat sementara waktu, sebarang bahan (penulisan, gambar dan sebagainya) bolehlah diemailkan ke

malekbaretta@gmail.com


manakala sebarang sumbangan kewangan bolehlah dimasukkan ke akaun

Malayan Banking Berhad

162143060509

(Abdul Malek Shamsuddin).




pakmalekbaretta

orang lama di akarumbi..
yang bisa berbicara tanpa curiga..

KU DEDIKASIKAN BLOG INI KHAS UNTUK..

para reformis yang telah menerajui kebangkitan rakyat untuk perubahan..

akan kupastikan kisah perjuangan mereka tidak dipinggirkan dari fakta sejarah agar generasi akan datang dapat merujuk dan mengiktiraf pengorbanan para reformis yang gigih berjuang demi menegakkan kebebasan dan keadilan di bumi malaysia yang tercinta ini..

lawan... tetap... lawan...

reformasi... reformasi... reformasi...

PENGUMPULAN MAKLUMAT..

Salam Reformasi semua..

Bahan-bahan Reformasi (gambar, catitan, rencana dan sebagainya) bolehlah emailkan ke malekbaretta@gmail.com atau hubungi Pak MB di talian 012-3841319 bagi maklumat lanjut.

Terima kasih..

Archives

Blog Stats

  • 970 hits